top of page

     Perkembangan Arkeologi di Sabah

Perkembangan Arkeologi di Sabah, kita boleh lihat melalui peranan yang dimainkan oleh Muzium Negeri Sabah. Seperti diketahuai oleh umum, bidang Arkeologi ataupun dikenali sebagai Kajipurba antara kegiatan yang dijalankan oleh Muzium Sabah. Mereka memainkan peranan yang penting dalam menjalankan aktiviti arkeologi. Matlamat utama ialah berusaha mengumpul, memulihara, dan mendokumentasikan artifak-artifak yang ditemui dari tapak-tapak arkeologi diseluruh Sabah. Berdasarkan daripada interprestasi bersaintifik terhadap temuan atau artifak itulah akan cuba dibentuk semula sebagaimana keadaannya budaya yang pernah wujud pada zaman prasejarah dan sejarah di negeri Sabah.

        Kerja-kerja arkeologi telah dijalankan pada awal tahun 1960-an. Kajian mereka lebih tertumpu kepada gua-gua yang terdapat di kawasan pantai timur negeri Sabah. Tujuan utamanya ialah untuk menilai potensi tapak arkeologi prasejarah. Walau bagaimanapun, proses galicari tidak dilakukan secara menyeluruh terhadap lokasi tapak yang dijumpai. Pada tahun 1980 dan sehingga pada tahun 1984, proses galicari telah mula dilakukan secara menyeluruh dan telah dapat disempurnakan hanya beberapa tapak sahaja. Proses galicari tersebut dilakukan secara saintifik dan sistematik. Hasil daripada kegiatan itu telah menampakkan urutan prasejarah dan sejarah yang menggalakkan akibat penemuan artifak-artifak arkeologi. Artifak-artifak itu merupakan alat-alat batu, pecah-pecahan tembikar, seramik, dan barang gangsa. Secara ringkasnya, terdapat beberapa peringkat yang perlu mereka lalui untuk terlibat dalam kegiatan arkeologi ini:

-Pengumpulan maklumat atau data.

-Kerja lapangan.


bottom of page