top of page

Sumber Kajian Penyelidik

1. Penemuan bukti arkeologi di Sabah membuktikan Sabah begitu berpotensi untuk dieksavakasi dengan lebih teliti dan menjadi sumber kajian lanjut kepada arkeologi baru yang meminati untuk mengkaji bukti-bukti arkeologi di Sabah.

2. Seperti yang diketahui, Kajian yang dilakukan oleh penyelidik yang terlebih dahulu yang melawat tapak telah membantu ahli penyelidik baru yang ingin mengkaji sesuatu tapak. Hal ini kerana, penyelidik profesional berperanan dalam merekod secara terperinci merangkumi dokumentasi,fotografi, merekod jumpaan dan lain-lain.

3. Misalnya penjumpaan tapak warisan yang terbaru ditemui ialah di Bingkor di Keningau. Pengarah Penyelidikan Arkeologi Global Universiti Sains Malaysia (USM) Prof Dr. Mokhtar Saidin berkata, tapak Bingkor telah dijejaki pada 2009 di bawah Projek Arkeologi yang diketuai oleh Jaffrey Abdullah.

4. Penyelidikan telah dilakukan pada 9 Mei sehingga 29 Mei di Bingkor menemui pelbagai jumpaan Zaman Paleolitik iaitu Zaman Batu Awal di sekitar daerah tersebut. Disini dapat dilihat, Jumpaan tapak sejarah, Bingkor boleh terus dikaji oleh penyelidik seterusnya dapat menjalankan penyelidikan terhadap tapak warisan yang baru dijumpai dari segi bahan dan artifak.

5. Penyelidikan ini dapat memberikan sumber kajian lanjut kepada para pengkaji dan penyelidik yang ingin mengkaji lebih lanjut tentang sesuatu tapak.

bottom of page