Arkeologi di Sabah
Malaysia
Pengumpulan maklumat atau data
Tindakan yang paling awal sekali ialah mereka cuba memperolehi maklumat sebanyak mungkin terhadap sesuatu kawasan yang difikirkan berkemungkinan sesuai untuk dibuat dalam kajian arkeologi. Usaha ini tertumpu kepada bahan-bahan tulisan yang diterbitkan dan sudah tentulah perpustakaan menjadi tempat yang sesuai.
Semua bentuk laporan yang difikirkan sesuai akan menjadi bahan rujukan. Namun begitu, tidak semuanya akan digunakan. Perkara yang dititik-beratkan ialah latarbelakang seperti sejarah ringkas, geografi, geologi, etnografi dan termasuk informasi yang berkaitan sehinggalah kepada cerita-cerita dongeng. Sungguhpun, terdapat banyak aspek yang perlu dilihat dan diteliti, seseorang arkeologi perlulah berupaya memilih perkara yang penting sahaja.
Pengumpulan maklumat tidak hanya bergantung daripada bahan bacaan sahaja tetapi juga harus dari pihak orang ramai yang memberi laporan kepada pihak muzium. Laporan biasanya disampaikan apabila mereka terjumpa artifak di sesuatu kawasan tersebut.
Penemuan di Bukit Tengkorak, Semporna, Sabah