Arkeologi di Sabah
Malaysia
Sabah atau dikenali sebagai Borneo Utara sebelum mencapai kemerdekaan merupakan sebuah wilayah yang terletak di utara Pulau Borneo. 'Sabah' merupakan nama yang diberikan oleh Kesultanan Brunei kepada wilayah yang menjadi sebahagian daripada jajahannya.
Sabah dikelilingi oleh laut dari tiga arah. Di barat, pantainya menghadap Laut China Selatan yang luas, di utara dan timur laut ialah Laut Sulu, dan di timur ialah Laut Sulawesi. Dari segi keluasan pula adalah 29 388 batu persegi. Ia terbahagi kepada empat wilayah atau Residensi iaitu Wilayah-wilayah Pantai Barat, Pedalaman, Sandakan, dan Tawau.
Sistem politik peribumi sebelum pemerintahan Syarikat Berpiagam dapat di bahagikan kepada tiga kategori iaitu sistem politik kesukuan, sistem politik kesultanan dan Ketua Bebas. Wilayah Sabah dibahagikan kepada dua zon pentadbiran kesultanan, iaitu di kawasan pantai barat Sabah dimiliki oleh Kesultanan Brunei dan kawasan pantai timur Sabah pula dimiliki oleh Kesultanan Sulu.
Setelah kedua-dua zon pentadbiran ini diserahkan oleh kedua-dua sultan tersebut kepada Syarikat Berpiagam Borneo Utara (SBBU), pihak SBBU telah menggunakan nama Borneo Utara (North Borneo) bagi wilayah tersebut dan nama itu dikekalkan sehingga berakhirnya zaman pemerintahan kerajaan kolonial British di negeri ini.
Sabah mencapai kemerdekaan setelah berama-sama Semenanjung Tanah Melayu, Singapura (di keluarkan pada tahun 1965 dari Malaysia), dan Sarawak membentuk Malaysia pada tahun 16 September 1963.
Sabah Di Bawah Bayu
Sejarah
Peta Sabah
Logo Sabah
Bendera Sabah