top of page

Kepentingan Arkeologi terhadap Pelancongan

1. Jabatan Warisan Negara telah dipertanggungjawabkan dalam merancang pembangunan tapak arkeologi di Sabah dan merangkumi penyelidikan, pemuliharaan, konservasi, pembangunan fizikal, pendidikan, promosi dan lain-lain.

2. Metodologi penyelenggaraan dan pembangunan fizikal berbeza mengikut lokasi sama ada di kawasan pendalamaan atau Bandar. Jabatan Warisan Negara mula menbangunkan tapak arkeologi demi memudahkan Prasarana dan menyediakan prasarana bagi penyelidikan serta kemudahan pelawat.

3. Datuk Ellron Alfred pembantu Menteri Pelancongan berpendapat, penemuan arkeologi di Bukit Tengkorak, mampu untuk memberi peluang merancakkan industri pelancongan negeri Sabah.

 

4. Para Pelancong akan tertarik dengan khazanah manusia lampau dan kebudayaan yang pernah wujud di Sabah dan tapak warisan perlu dijaga sepenuhnya. Tapak arkeologi di Sabah misalnya di Bukit Tengkorak, Mansuli dan Tingkayuh bukan sahaja dibuka kepada pelancong, Malah, turut mempromosikan Sabah itu sendiri di mata dunia.

5. Tapak arkeologi ini juga memberikan lagi banyak info baru kepada pelancong bukan sahaja daripada pengetahuan sejarah Negara malah memberikan pengalaman yang baru kepada pelancong luar mahupun dalam Negara.

bottom of page