top of page

Kepentingan Arkeologi Sabah

1. Membuktikan adanya kewujudan manusia lampau, kebudayaan masa silam dan cara mereka mengadaptasi persekitarannya.

2. Pelbagai metodologi penyelidikan telah digunakan misalnya pendekatan disiplin sejarah, antropologi, geografi, dan lain-lain.

 

3. Penemuan arkeologi di Malaysia seperti Sabah ialah di Bukit Tengkorak di Semporna, Tingkayuh di Kunak, Masuli di Lahad datu. Penyelidikan arkeologi berjaya meletakkan Malaysia dalam peta arkeologi di dunia.

 

4. Jumpaan arkeologi merubah pensejarahan negara melalui penyelidikan yang sistematik dan saintifik. Di kepulauan Borneo Sabah, Mansuli di Lahad datu telah dapat memberikan pentarikhan kebudayaan yang berusia 100,000 tahun dahulu.

 

5. Meningkatkan ilmu pengetahuan dan meningkatkan kefahaman untuk dijadikan iktibar agar masyarakat dapat berbakti kepada negara. Di samping itu, warisan sejarah ini menjadi kenangan dalam memori kehidupan.

 

6. Penyertaan Malaysia di dalam World Heritage Committe  pada tahun 2011. World Heritage Committee (WHC) merupakan sebuah jawatankuasa yang paling berprestij di peringkat UNESCO dan diaangotai oleh 21 tapak Warisan Dunia.

 

7. Datuk Ellron Alfred Angin iaitu Pembantu Menteri Pelancong, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, telah mengulaskan projek di Bukit Tengkorak yang dikendalikan oleh Jabatan Warisan Negara (JWN) merupakan usaha memelihara tapak sejarah yang melambangkan peradaban bangsa untuk dihayati oleh rakyat.

 

8. Setiap penemuan arkeologi seperti monumen dan tapak warisan akan terus dipelihara dan dikekalkan sepenuhnya selaras dengan Akta Warisan kebangsaan 2005. Kawasan lain juga diambil berat oleh Jabatan Warisan Negara di Lahad datu dan Tingkayuh Sabah.

bottom of page