top of page

Definisi

Zuraina Majid : Pelbagai disiplin sains bagi mengkaji manusia awal, mengkrontruksi semula kehidupan masa lampau, dn memerhati proses yang terdapat pada perubahan tersebut. Semuanya berdasarkan sebarang bukti yang ada. Biasanya tinggalan budaya manusia yang tahan lama.

Pengertian Menurut Bahasa Greek



Menurut Encyclopedia Of Archaeology (2008), perkataan arkeologi berasal dari dua perkataan Greek, iaitu archaia, yang bermaksud barang-barang purba, logos bermaksud sains, limu pengetahuan, ataupun teori. Arkeologi juga dalam rujukan lain menyatakan berasal dari perkataan Greek iaitu arkhaiologia yang merujuk barang-barang purba. Perkataan Greek yang digunakan membawa maksud mempelajari barang-barang purba. Mereka tidak melakukan penggalian di tapak ekskavasi sesuka hati ataupun atas tujuan lain yang dilakukan oleh ahli arkeologi moden. Mereka juga tidak membuat spekulasi tentang peristiwa lampau. 

Paul Bahn : Pengertian asas arkeologi ialah satu kajian sistematik (ikut peraturan dan urutan) tentang masa lampau yang berasaskan budaya kebendaan dengan bermatlamat untuk membongkar, menerangkan dan mengklasifikasikan tinggalan-tinggalan budaya, menghuraikan bentuk dan perilaku masyarakat masa silam serta memahami bagaimana ia terbentuk dan akhir sekali merekonstruksinya semula.

Berdasarkan pandangan Nik Hassan Suhaimi, arkeologi sebagai satu disiplin yang teratur dan melalui pendekatan dan metod yang ada padanya, maka pengetahuan tentang zaman lampau manusia dapat dituntut kembali dan diinterpretasikan dari tinggalan budayanya.

Menurut pendapat Adi Taha, bidang arkeologi membawa erti kata yang luas melibatkan kajian mengenai masyarakat lampau dan ianya berdasarkan kepada tinggalan-tinggalan kebudayaan kebendaan atau lebih dikenali sebagai artifak yang diperolehi atau dibongkar dengan menggunakan kaedah-kaedah serta teknik-teknik yang sistematik.

Brian M. Fagan dalam bukunya Archaeology menyifatkan arkeologi merupakan pengkajian yang sistematik mengenai tabiat, teknologi dan kebudayaan kemanusiaan di masa lampau. Beliau menyatakan disiplin arkeologi adalah sebahagian daripada bidang antropologi yang amat luas dimana para pengkaji arkeologi menyelidik tatacara kehidupan masa lampau. Arkeologi merupakan tempoh pada mulanya meliputi pembelajaran mengenai sejarah purba secara keseluruhannya.

 

bottom of page