top of page

                                                    Ahli Arkeologi 

Professor Emeritus Dato' Dr. Nik Hassan Shuhaimi

Biodata

Tokoh: Professor Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman
Tarikh lahir: 4 Febuari 1944
Institusi: Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Pengkhususan Penyelidikan: arkeologi dan budaya dan tamadun melayu pra-islam.

Pendidikan awal


Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kubang Keranji di Kota Bharu dan Kolej Melayu Kuala Kangsar. Antara 1962-1963, beliau belajar di Technical College, Kuala Lumpur. Dalam tahun 1965, beliau menuntut di Malayan Teacher College di Pulau Pinang. Setelah itu, beliau mengajar di Sekolah Menengah Kubang Kerian, Kelantan selama 4 tahun. Pada tahun 1969, beliau telah menuntut di Universiti Malaya dan berjaya memperolehi ijazahnya 4 tahun kemudian.

 

Kerjaya


Selepas graduasi, Prof. Nik memohon untuk menjadi tutor di Jabatan Sejarah UKM. Sebelum dia dipanggil ke UKM beliau mengajar dalam tempoh yang singkat (1 setengah tahun) di Sungai Besar. Pada tahun 1972, Prof. Nik bernasib baik untuk dipilih oleh Program Latihan Staf Akademik  UKM. Hasilnya ialah penglibatannya di Sekolah Pengajian Oriental dan Afrika (SOAS), London yang berprestij. Prof Nik menghabiskan kira-kira 48 bulan di sana melakukan kerja-kerja kedoktorannya mengenai ukiran Buddha Indo-Malaya. Namun, beliau gagal untuk mendapat kedoktorannya ketika ini.
Apabila beliau pulang ke Malaysia pada tahun 1976, Prof Nik segera dilantik sebagai pensyarah di Jabatan Sejarah, UKM.  Empat setengah tahun kemudian, UKM menghantar Prof Nik untuk ke SOAS di London buat kali kedua. Kali ini, Prof Nik memilih topik yang sedikit berbeza: Seni, arkeologi dan Kerajaan-kerajaan awal di Semenanjung Tanah Melayu dan Sumatera: sekitar 400-1400 Masihi. Selepas kira-kira 40 bulan menjalankan penyelidikan di SOAS, Prof Nik, pada usia 41 tahun, telah dianugerahkan ijazah PhD. Tidak lama selepas Prof Nik menyelesaikan ijazah kedoktorannya pada tahun 1984, beliau telah dinaikkan pangkat ke jawatan Profesor Madya dan telah dipilih untuk mengetuai Jabatan Sejarah, UKM. 10 tahun kemudian, beliau telah dinaikkan pangkat kepada profesor penuh pada tahun 1993.

 

Anugerah dan Gelaran


1. 20 years service (UKM), 30 years service (UKM) Prolific Writer Award on the 35th Anniversary of UKM.
2. UNESCO – Malaysian Representative for the Maritime Silk Route Project (Oman to Pusan).
3. SPAFA – Inter Asean Malaysian Representative Archaeological Excavation in Malaysia,              Philipines, Brunei and Thailand.
4. The Champion to the Third World History (South-South Magazine).

bottom of page